Khemah sementara ganti 'kelas' bangsal usang

Iklan
Laporan Sinar Harian

SETIU - Masalah yang dihadapi pelajar dari Kampung Payong di sini yang terpaksa mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di bangsal usang dalam kebun sawit dan tempat rehat kawasan perkelahan mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor.

Beliau yang terkesan dengan masalah anak-anak kampung itu membuat tindakan segera dengan memasang dua khemah sementara bagi membolehkan mereka belajar dalam keadaan lebih selesa dan turut dilengkapi dengan meja serta kerusi.

Iklan
Iklan

Menurut Sabri, sebagai langkah sementara, pihaknya mengambil keputusan untuk memasang khemah kerana bangsal usang yang ada di situ tidak selamat memandangkan ia sudah reput dan terdedah dengan bahaya haiwan berbisa.

Bangsal usang jadi 'kelas' lebih 100 pelajar

Iklan

Sinar Harian pada Rabu menyiarkan berita tentang kesukaran untuk mendapatkan liputan rangkaian internet menyebabkan lebih 100 pelajar di kampung itu menjadikan sebuah bangsal usang di dalam kebun sawit dan tempat rehat kawasan perkelahan untuk mengikuti PdPR.

Sementara itu, pelajar, Amirul Fitri Suhaimi, 13, bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dengan masalah yang dihadapi.

Iklan

Sabri (kiri) turut menyumbangkan makanan untuk pelajar yang mengikuti PdPR di khemah sementara yang dipasang di Kampung Payong, Setiu.

"Alhamdulillah, sudah tentu saya rasa gembira dan bersyukur kerana belajar dalam khemah serta dilengkapi dengan meja dan kerusi lebih baik, berbanding belajar di dalam bangsal.

"Belajar dalam bangsal memang tidak selesa, tapi saya dan anak-anak kampung terpaksa sebab di situ, rangkaian internet lebih baik. Cuma menjadi harapan kami agar masalah internet di kampung ini dapat diselesaikan segera agar kami dapat belajar di rumah dengan selesa dan selamat,” katanya.