Saya shooting luar: Sharnaaz

Iklan
Sharnaaz

SEJAK beberapa hari lalu, timbul desas-desus mengenai masalah rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila.

Bahkan beberapa kenyataan dari netizen mengenai rumah tangga pasangan itu secara tidak langsung membuatkan ramai yang ingin mengetahui status sebenar.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi Sharnaaz dan Nabila sama-sama tidak memuat naik gambar masing-masing di akaun Instagram dan hanya memuat naik gambar bersama anak mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Tidak berdiam diri, Sharnaaz turut menjawab komen beberapa pengikutnya yang bertanya sama ada mereka masih tinggal sebumbung atau tidak.

Iklan

"Saya shoot (penggambaran) di luar," jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, Nabila pula menerusi Insta Stories Instagramnya turut berkongsi cerita ringkas mengenai 'Jane' yang tidak berkongsi luahan perasaan mengenai pasangannya di akaun media sosial.

Iklan

Ia seolah-olah menggambarkan pendiriannya juga yang tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.