'Si Nopal' popular kerana Wany Hasrita

Iklan
Wany

"Berkemah, berkemah, berkemah sama si Nopal.

Si Nopal, Si Nopal, anaknya Bahenol.

Iklan
Iklan

Bahenol, Bahenol, Bahenol..."

SIAPA yang mula terpengaruh dengan lagu Si Nopal dua tiga hari ini?

Iklan

Lagu yang sebenarnya dari kartun animasi Si Nopal yang menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan bersama abangnya berasal dari Indonesia.

Ia mula menjadi terkenal di sini sejak kebelakangan ini dan semakin popular selepas penyanyi, Wany Hasrita secara spontan menyanyikan lagu terbabit menerusi Insta Stories miliknya atas permintaan peminat.

Iklan

Tidak berakhir di situ, Wany juga turut berkongsi lagu baru dari animasi berkenaan.

"Maafkan saya, tetapi saya tak boleh.

"Syalalalala hiye hiye kontet," tulisnya dengan menyalin semula salah satu lirik lagu berkenaan.

Lucunya, rata-rata pengikut Instagramnya, termasuk rakan artis turut berasa 'geram' dengan Wany dan 'si Nopal' kerana membuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan melekat diingatan.