LBS Foundation ringankan beban mangsa banjir
Iklan
SHAH ALAM - Kumpulan LBS Bina menerusi LBS Foundation mengagihkan sumbangan berjumlah RM70,000 kepada mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini.
Kumpulan LBS Bina dalam kenyataan pada Khamis berkata, LBS Foundation menyumbang sebanyak RM20,000 kepada Yayasan Komuniti Negara bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas akibat bencana itu manakala RM50,000 kepada Perbendaharaan Negeri Pahang memandangkan negeri berkenaan terjejas teruk akibat banjir.