Insentif IPG bagi Januari 2021 diaktifkan
Iklan
INSENTIF Pengeluaran Getah (IPG) bagi Januari 2021 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran berdasarkan pengeluaran pada Januari.
Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada Selasa, pengaktifan itu berikutan harga purata getah peringkat ladang pada Januari 2021 bagi getah sekerap berada pada RM2.45 sekilogram di Semenanjung, RM2.15 sekilogram di Sabah dan RM2.25 sekilogram di Sarawak.