1,000 bantuan makanan untuk pekerja Malaysia di Singapura

Iklan

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Muhammad Radzi Jamaludin (kanan) menyerahkan bantuan kepada Ketua Sukarelawan, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh (kiri) semasa majlis penyerahan Misi Bantuan Bakul Makanan kepada pekerja Malaysia baru - baru ini.

Kerajaan Johor selesai melakukan penghantaran 1,000 bakul makanan ke Singapura seperti yang dijanjikan sebagai sebahagian daripada Misi Bantuan Bakul Makanan kepada pekerja Malaysia.

Iklan
Iklan

Ia dilakukan dalam tiga fasa dengan kumpulan terakhir kira-kira 270 bakul makanan diedarkan pada 30 Jan oleh sekumpulan sukarelawan dalam kalangan pekerja Malaysia sendiri.

Fasa kedua melibatkan 430 bakul makanan telah diagihkan mulai 22 Jan manakala fasa pertama sebanyak 300 bakul diedarkan pada 6 Dis tahun lalu. - Foto Bernama

Iklan
Iklan