UMNO ejen 'semak dan imbang' dalam kerajaan
Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju dengan kenyataan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan UMNO khususnya Pemuda UMNO adalah sebagai ejen ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan hari ini.
Menurut beliau, apabila Pemuda UMNO bersuara dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, pengangguran dan ekonomi rakyat, semuanya adalah untuk menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.
Iklan
Iklan
"Kita buat untuk membantu rakyat bagi menyampaikan suara hati rakyat dan penyambung lidah mereka kepada kerajaan.
"Apa yang penting rakyat harus mendapat manfaat daripada setiap usul, cadangan dan isu yang dibangkitkan serta diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.
Iklan
Terdahulu, Mohamed Khaled berkata, isu-isu rakyat seperti berkaitan moratorium, KWSP, Tabung Haji dan banyak lagi isu rakyat menjadi keutamaan UMNO.
Namun katanya, banyak keputusan besar di peringkat nasional tidak boleh diputuskan UMNO mengumandangkan parti tersebut bukan pengemudi kerajaan.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>