Coklat Pelangi Nims kini berada di pasaran

Iklan
Tengku Norhanim (kiri) melancarkan produknya sewaktu Finale Peraduan Sinar Di Hatiku. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Syarikat produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, NIMS ADELICIOUSZ (Nims) tampil memperkenalkan inovasi terbaharu melalui produk edisi terhad Siri Pelangi yang mula berada di pasaran pada Februari hingga April depan.

Pengasasnya, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, antara keistimewaan produk edisi terhad itu ialah penggunaan coklat putih premium digandingkan bersama bijirin yang dihasilkan sendiri oleh syarikatnya dengan berasaskan warna-warna pelangi.

Iklan
Iklan

"Selain itu, bekas bungkusan produk bagi edisi terhad kali ini juga dijual dengan menggunakan tujuh warna pelangi yang pastinya berbaloi untuk dijadikan sebagai koleksi barangan terkumpul,” katanya kepada Sinar Harian.

Edisi terhad Siri Pelangi Crispy Choco Tubs boleh didapatkan daripada ejen Nims di seluruh Malaysia.

Mengulas lanjut, Tengku Norhanim berkata, inspirasi untuk menghasilkan produk itu tercetus daripada pemerhatian terhadap situasi semasa yang dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia ketika pandemik Covid-19.

Iklan

"Inspirasi untuk menghasilkan produk terhad dengan bertemakan warna pelangi ini berlaku apabila saya cuba kaitkan dengan pengajaran yang dapat diambil daripada kehidupan rakyat Malaysia ketika ini.

"Ini kerana saya percaya bahawa di sebalik setiap kesusahan yang kita hadapi ketika ini, ALLAH pasti akan memberikan sesuatu kebaikan dan pemberian yang lebih baik selepas daripada itu.

Iklan

"Seperti peribahasa yang mengatakan, selepas hujan pasti ada pelangi,” katanya.

Katanya, edisi terhad Siri Pelangi Crispy Choco Tubs boleh didapatkan daripada ejen Nims di seluruh Malaysia dengan harga RM17.