Telefon bimbit MB Pahang jadi mangsa penggodam
Iklan
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan membuat laporan polis berikutan talian telefon bimbitnya disyaki telah digodam sejak awal pagi pada Isnin.
Menurutnya, tindakan itu diambil segera bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.