Vaksin Covid-19: Mestron peroleh surat kebenaran KKM
Iklan
KUALA LUMPUR - Mestron Holdings Bhd pada Jumaat mengulangi bahawa pihaknya telah menerima surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat dari China berhubung pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini, Mestron menjelaskan, surat bertarikh 8 Januari 2021 membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan dan kerjasama mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan, pemasaran dan penggunaan vaksin Covid-19 di negara ini.