KSSB sambung pensijilan ISO 9001

Iklan
Sesi audit di tapak perlombongan berjalan lancar.

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) diperakui secara rasmi oleh Sirim QAS International Sdn Bhd (Sirim) bagi menyambung Pensijilan Semula International Organisation for Standardisation (ISO) dengan piawaian versi 9001: 2015 untuk tempoh tiga tahun.

Pensijilan semula IS0 9001: 2015 itu disambung semula bermula pada 12 Januari 2021 sehingga 11 Januari 2024.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran KSSB, Mohamad Fadzil Yahya berkata, sesi audit pensijilan berkenaan telah diadakan di ibu pejabat dan tapak operasi KSSB dengan turut melibatkan dua wakil Sirim baru-baru ini.

"Proses audit tersebut dijalankan selama dua hari dengan sesi pembukaan dijalankan di Ibu Pejabat KSSB," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamad Fadzil berkata, sesi audit itu turut dijalankan di dua tapak operasi KSSB melibatkan perlombongan dan cuci gali sungai.

Menurutnya, sesi itu bagi membolehkan juru audit melihat secara dekat kaedah sistem pengurusan kualiti yang digunapakai.

Iklan
Penyelia operasi menunjukkan dokumen doket yang digunakan.

"Secara keseluruhan, juru audit berpuas hati dengan sistem pengurusan kualiti yang diguna pakai oleh KSSB.

"Ia sekali gus membolehkan syarikat ini menyambung Audit Pensijilan Semula ISO 9001: 2015," katanya.

Mohamad Fadzil berkata, pihaknya berharap kejayaan menyambung ISO itu bakal menjadi pemangkin kepada pencapaian lain yang akan diraih oleh syarikat berkenaan pada masa akan datang.

Menurutnya, pihaknya juga amat menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha tersebut.

"Syabas dan jutaan terima kasih kepada pimpinan tertinggi, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan KSSB yang telah memberi sokongan, dokongan serta kerjasama dalam merealisasikan kejayaan menyambung ISO ini," kata beliau.