Suri rumah dijel empat tahun pecah masuk rumah orang

Iklan
Tertuduh dipenjara empat tahun.

KUALA PILAH - Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Jumaat selepas mengaku salah memecah masuk sebuah rumah dan melarikan wang tunai berjumlah RM50,000.

Tertuduh, D Mogana, 24, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan tersebut terhadap pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret Saifol Sayoti.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R.Letchmee, 78 dan telah mencuri wang tunai bernilai RM50,000 tanpa izinnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 7 pagi di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah pada 21 Januari lalu.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.