IWK tangani kerosakan paip pembentungan Sungai Melantai

Iklan
Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd memaklumkan bahawa tindakan mitigasi serta-merta dilakukan untuk mengatasi masalah paip pembentungan yang mengalami kerosakan di Sungai Melantai, Kluang, Johor pada Rabu.

IWK dalam kenyataannya pada Jumaat memberitahu, syarikat itu telah menghantar kontraktor yang dilantik untuk menghentikan segera kesan limpahan dan menggantikan paip pembetungan di dasar sungai yang telah rosak.

Iklan
Iklan

"Kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip yang rosak tersebut sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya Sabtu ini, 30 Januari 2021," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Paip pembetungan pecah cemari Sungai Melantai

Iklan

IWK berkata, pada Selasa, pejabat IWK Kluang telah menerima aduan daripada wakil penduduk berhampiran dan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pasukan IWK telah melakukan siasatan tapak dengan segera pada hari yang sama.

"Hasil siasatan bersama mendapati terdapat limpahan air sisa kumbahan di kawasan sungai menerusi paip pembetungan yang menyambungkan Taman Sri Kluang ke loji rawatan air sisa selenggaraan IWK.

Iklan

"Paip pembetungan tersebut dipercayai mengalami kerosakan akibat berlaku pergerakan tanah ketika hujan lebat monsun baru-baru ini,” katanya.

IWK bersama JAS dan SPAN sedang meneruskan pemantauan di tapak sepanjang masa bagi memastikan projek pembaikan tersebut siap seperti yang dijadualkan dan tiada lagi kejadian limpahan berlaku.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembetungan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di Kluang, telefon 07-771 6828 atau melayari laman sesawang iwk.com.my.