JAS kesan cubaan lupus buangan terjadual di tapak pelupusan sampah

Iklan
Pegawai JAS Pahang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori sampah bagi mengesan cubaan melupus buangan terjadual di pusat pelupusan sampah di sini.

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang Cawangan Gebeng mengesan cubaan membawa bahan terjadual untuk dilupuskan di sebuah tapak pelupusan sampah di sini pada Isnin.

Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, hasil maklumat dan operasi dijalankan, pihaknya menahan sebuah lori yang disyaki membawa bahan buangan itu ke tapak pelupusan sampah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sampel bahan itu telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengenal pasti kandungannya dan tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

"Pihak pengeluar buangan terjadual tersebut telah dikenal pasti.

Iklan

"Arahan serta-merta dikeluarkan kepada mereka supaya mengambil semula buangan tersebut dan dibawa balik ke premis untuk diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (BT), 2005," katanya ketika dihubungi pada Khamis.