PKP Kuala Terengganu

Iklan

Kelihatan kenderaan menuju ke pusat bandar ketika tinjauan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Tengku Mizan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya semalam berkata Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi, iaitu 1.36 setakat Isnin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09).

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0. - Foto Bernama

Iklan
Iklan