KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Januari (Jumaat).
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan ini susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves pada Khamis.