Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, disokong oleh kenaikan harga minyak global.
RINGGIT mengukuh sedikit berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, disokong oleh kenaikan harga minyak global.
Pada jam 9.15 pagi, mata wang utama disebut harga pada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0500 ketika ditutup petang Selasa.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata, harga minyak terus stabil meskipun berhadapan dengan masalah pasaran sempadan.
"Namun, momentum kenaikan harga terhenti berikutan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 dan pelancarannya telah menjejaskan risiko permintaan minyak,” kata beliau.
Iklan
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent menokok 0.13 peratus untuk diniagakan pada AS$55.98 setong.
Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Iklan
Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0491/0531 daripada 3.0477/0511 pada Selasa, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5489/5562 daripada 5.5270/5327 dan lebih lemah berbanding Euro kepada 4.9122/9195 daripada 4.9078/9131 pada penutupan semalam.
Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8959/9011 daripada 3.8988/8025 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>