Covid-19: Terengganu catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.36 setakat Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09).

Iklan
Iklan

Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0.

Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04, katanya. - Bernama

Iklan
Iklan