Bilionair di Mexico dijangkiti Covid-19

Iklan
Bilionair Mexico, Carlos Slim

BANDAR RAYA MEXICO - Bilionair Mexico, Carlos Slim yang merupakan antara individu terkaya di dunia kini dirawat di sebuah hospital selepas beliau dijangkiti Covid-19, kata seorang anak lelakinya pada Isnin.

"Beliau (Slim) kelihatan sihat. Beliau (menunjukkan) perkembangan yang amat baik ekoran Covid-19 selepas lebih seminggu menghadapi simptom-simptom minor," menurut anak lelakinya, Carlos Slim Domit menerusi ciapan di Twitter.

Iklan
Iklan

Slim, 80, dan keluarganya menguasai syarikat gergasi telekomunikasi di Mexico iaitu America Movil yang dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$59.9 bilion (RM242.15 bilion), menurut majalah Forbes.

Anggaran kekayaan itu menjadikan beliau sebagai individu paling kaya di Amerika Latin.

Iklan

Ahli keluarga Slim itu membuat pengumuman sehari selepas Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata, beliau dijangkiti Covid-19 tetapi mempunyai simptom-simptom yang minor.

Pada tahun 2012, beliau menjadi individu paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan ialah AS$69 bilion (RM278.97 bilion).

Iklan

Mexico mencatatkan lebih 1.7 juta kes Covid-19 dan 150,000 kematian sehingga Isnin lalu. - Agensi