Tujuh daripada lapan daerah di Terengganu kini zon merah

Iklan
Infografik tujuh daripada lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan zon merah.

KUALA TERENGGANU - Tujuh daripada lapan daerah di Terengganu kini diisytihar sebagai zon merah pada Ahad susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi pada Ahad berkata, hanya daerah Kemaman satu-satunya daerah yang masih kuning dengan rekod sebanyak 19 kes Covid-19.

Iklan
Iklan

Tujuh daerah dalam zon merah ialah Kuala Terengganu (298 kes) diikuti Besut (103), Dungun (100), Kuala Nerus (97), Setiu (63), Hulu Terengganu (50) dan Marang (42).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 atau kes aktif yang dirawat di negeri ini meningkat kepada 714 kes.

Iklan

Dalam perkembangan sama, jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini mencatatkan angka tertinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak 179 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 136 kes adalah penularan tempatan.

Iklan

Dalam pada itu, orang rami diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan selain mengambil langkah waspada bagi menghentikan penularan tempatan dengan terus kekal berada di rumah serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.