Dua lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Iklan
Superintendan Aidi Sham
PORT DICKSON - Dua lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Seremban-Port Dickson dekat sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sewaktu melalui Sekatan Jalan Raya Ops Covid-19 pada jam 1.15 pagi yang diadakan berdekatan Balai Polis Lukut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol dan kemudiannya dibawa ke balai polis trafik untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan saringan alkohol mendapati bacaan SD kedua mereka adalah sangat tinggi iaitu Sd-2+: 379 mg Alkohol/100 ml darah dan EBA-11: 231mg, melebihi paras yang ditetapkan.
Iklan
"Mereka kemudiannya dikenakan tindakan saman, selain di beri kompaun kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987.
Iklan
Dalam pada itu, Aidi Sham memaklumkan pihaknya akan terus membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan bagi memastikan penduduk di daerah ini mengikut semua SOP yang ditetapkan tanpa gagal.
Katanya, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar dan gagal mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>