Pesuruhjaya Pas Terengganu positif Covid-19

Iklan
Husain Awang

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif Covid-19 pada Sabtu.

Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Muhyidin Abdul Rashid bagaimanapun berkata, Husain dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala dan ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

Iklan
Iklan

"Dukacita dimaklumkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang telah disahkan positif Covid-19 hari ini.

"Beliau telah ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan. Bagaimanapun beliau dalam kondisi sihat tanpa sebarang gejala.

Iklan
Iklan

"Marilah bersama kita berdoa agar beliau dilindungi ALLAH serta dikurniakan kesihatan dan keafiatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.