China pinda undang-undang pencegahan epidemik haiwan

Iklan
Haiwan liar merupakan sumber penularan banyak jenis epidemik. - Foto AFP

BEIJING - Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada Jumaat meluluskan draf pindaan Undang-undang Pencegahan Epidemik Haiwan.

Undang-undang baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei itu untuk memberi jaminan lebih efisien bagi menyempurnakan sistem dan memperkasakan usaha menjaga keselamatan sanitasi awam negara itu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan draf pindaan undang-undang tersebut, sistem pencegahan epidemik haiwan akan disempurnakan dalam bidang penternakan, pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengangkutan.

Langkah-langkah mendiagnosis penyakit dan memberi rawatan, membersihkan dan menghapuskan serta melupuskan bangkai haiwan yang mati akibat epidemik juga disenaraikan dalam usaha pencegahan epidemik haiwan.

Iklan

Di samping itu, sistem kerjasama pencegahan dan perubatan dibentuk bagi mencegah penyakit berjangkit yang membahayakan manusia dan haiwan, termasuk penyakit rabies dan selesema burung yang mempunyai kepatogenan yang tinggi.

Haiwan liar merupakan sumber penularan banyak jenis epidemik.

Iklan

Dengan ini, proses kuarantin haiwan liar diperketat berdasarkan draf pindaan ini bagi mencegah penularan penyakit berjangkit antara haiwan liar, haiwan peliharaan, burung ternakan dan manusia. - Bernama