Ebit Lew hadiahkan 100 tablet kepada pelajar memerlukan

Iklan
Ustaz Ebit Lew menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti PdPR. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ebit berkata, sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian.

Iklan
Iklan

"Pohon doakan ya. Baru beli 100 biji tablet (tab) untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.

"Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan PdPR bermula pada Rabu bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

Bagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran tersebut menimbul pelbagai rungutan daripada ibu bapa kerana tidak mampu untuk menyediakan alat komunikasi kepada anak mereka.

Iklan