KUALA LUMPUR - Artis kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA telah dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai klip video memperlekehkan proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.