Pas akan pastikan PN, MN bersatu hadapi PRU15
Iklan
Abdul Hadi
SHAH ALAM - Pas akan memastikan gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu selaras dengan usaha untuk mewujudkan kepimpinan Melayu dan Islam yang kuat, dalam masa sama tidak meminggirkan masyarakat majmuk yang lain.
Iklan
Iklan
"Kita (akan) memastikan dua gabungan ini (MN dan PN) bersatu kerana pada kajian kita tidak ada parti yang akan menang untuk memerintah sendiri apabila PRU (pilihan raya umum ) diadakan.
"Jadi, kita mesti bergabung dengan parti lain. Sebab itu kita utamakan gabungan parti orang Islam dan Melayu bersatu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat.
Iklan
"Sebab itu kita mendesak supaya MN dan PN ini bersama-sama. Kuatkan MN dan perkasakan PN, dua dua sekali supaya kepimpinan Melayu Islam kuat bersatu dan dalam masa sama (turut) melibatkan masyarakat majmuk," katanya pada program bual bicara 'Minda Profesor Negara 'Bicara Negarawan' Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?' yang bersiaran secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali selaku moderator mengenai gabungan mana yang akan dipilih Pas sekiranya PRU15 diadakan nanti.
Iklan
Program itu juga turut menampilkan Presiden MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose sebagai panelis.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas mengambil tanggungjawab untuk menyatukan kedua-dua gabungan yang turut melibatkan Barisan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memastikan kecelaruan yang berlaku ketika negara dipimpin Pakatan Harapan (PH) tidak berulang.
"Kalau masyarakat Melayu berpecah, akan berlaku sekali lagi dominasi bukan Islam, (dan) akan berlaku kecelaruan," katanya.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.