Pemuda Pas yakin pakej Permai bantu rakyat

Iklan
Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM – Pemuda Pas yakin Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 dapat membantu rakyat ketika semua pihak sedang diuji dengan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya juga berharap Permai mampu memberi impak besar bagi menjana kebajikan rakyat di samping memastikan ekonomi negara terus berkembang ke arah lebih baik.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan Program Subsidi Upah 3.0 dilihat akan memberi kesan positif kepada anak muda yang mengalami masalah kekurangan peluang pekerjaan dan pengangguran akibat pandemik Covid-19.

"Di samping itu, inisiatif Skim Mikrokredit, Geran Khas Prihatin Permai serta kempen ekonomi digital untuk PKS dan ‘Shop Malaysia Online’ akan membantu golongan usahawan, khususnya anak muda dalam mendepani kegetiran dalam perniagaan akibat pelaksanaan PKP 2.0,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata, bantuan itu turut memberikan sumbangan menyeluruh dengan bantuan kebajikan kepada golongan terjejas.

"Manfaat besar untuk frontliners dan pasukan kesihatan melalui elaun tambahan sebagai menghargai jasa mereka dalam memastikan negara bebas dari wabak Covid-19,” katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN Kerajaan sedia 22 inisiatif bawah Permai

Najib kritik Permai tak beri moratorium secara automatik