Badan antirasuah Arab Saudi dakwa puluhan individu

Iklan
Arab Saudi pernah melancarkan kempen untuk memerangi rasuah secara besar-besaran pada 2017 yang diketuai Putera Mahkota, Mohammed Salman. - Foto: Agensi

RIYADH - Pihak Berkuasa Pencegahan dan antirasuah Arab Saudi (Nazaha) telah mendakwa puluhan individu termasuk kakitangan awam atas tuduhan seperti rasuah, penggelapan dana awam dan melakukan penipuan, menurut badan itu pada Isnin.

Salah satu kes tersebut membabitkan seorang kakitangan Kementerian Pertahanan dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun dan dikenakan denda selain perlu memulangkan semula wang yang telah digelapkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara.

Iklan
Iklan

Sementara itu, beberapa kakitangan di Kementerian Perumahan juga dihukum penjara dua hingga 10 tahun kerana terlibat pengubahan wang haram dan menerima rasuah.

Di Kementerian Kesihatan, beberapa doktor dan pentadbir dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun kerana penyalahgunaan pentadbiran dan terlibat rasuah.

Iklan

Difahamkan, kesemua tertuduh terbabit didakwa menerima wang suapan berjumlah jutaan riyal, tiket perjalanan, tempahan penginapan dan kereta untuk kegunaan peribadi.

Nazaha mengesahkan operasi memerangi kegiatan rasuah itu merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk bertindak tegas terhadap individu yang mengeksploitasi pejabat awam demi untuk kepentingan sendiri. - Agensi

Iklan