Pas Perlis tangguh semua program parti

Iklan

KANGAR - Pas Perlis mengarahkan penangguhan program-program parti di negeri ini berkuat kuasa Selasa berikutan peningkatan kes Covid-19.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, arahan berkenaan melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

Iklan
Iklan

"Tindakan ini bagi membantu membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

"Justeru, ahli Pas di seluruh peringkat di negeri ini diminta mematuhi arahan ini yang berkuat kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya menerusi satu kenyataan pada malam Isnin.

Iklan
Iklan

Perlis mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini dan pada Isnin, sebanyak 16 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 114 kes. - Bernama