Samy Vellu di Pusat Konvensyen Sungai Siput

Iklan
Samy Vellu (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Saravanan pada majlis berkenaan.

SUNGAI SIPUT - Bekas Presiden MIC Tun Dr S Samy Vellu sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Pelancaran Kinta Saujana di Pusat Konvensyen Sungai Siput, pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan bekas Pengerusi Gerakan Perak, Tan Sri Chang Ko Youn.

Iklan
Iklan

Difahamkan, penganjuran majlis berkenaan adalah bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2019.