Kru kapal karam

Iklan

Kru kapal Mermaid Challenger yang terselamat menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di Tambatan Pangkalan Sandakan, Markas Wilayah Laut 2 selepas diselamatkan oleh kapal KD Sri Gaya hari ini.

Tindakan pantas KD Sri Gaya yang menerima panggilan kecemasan melaui radio berjaya menyelamatkan tujuh kru kapal Mermaid Challenger, membawa muatan kargo dari Sandakan menuju Filipina yang karam akibat dipukul ombak besar pada jam 5.46 petang semalam di perairan Terumbu Segama, kira-kira 67 batu nautika dari Sandakan. - Foto Bernama

Iklan
Iklan