Hajat selamatkan mangsa kemalangan, tapi...

Iklan
Orang awam merakam detik cemas sebelum kenderaan pacuan empat roda tenggelam ke dalam sungai di Pulau Warisan. (Gambar kecil:Mangsa, Abdul Bari masih belum ditemui).

NORHASPIDA YATIM

KUALA TERENGGANU - Seorang pemancing dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dari Kampung Panji dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum menyedari insiden itu.

Iklan
Iklan

Mangsa kemudiannya bertindak terjun ke dalam sungai bersama empat lagi lelaki bagi menyelamatkan sekeluarga yang berada di dalam kenderaan itu.

Tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan Suriati Rosli, 38, bersama dua anaknya dikenali sebagai Iman, 4, dan Dafaeati Azeani, 3 dan Nurdiana Azeani, 24 dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Iklan

Empat lelaki yang menyelamatkan itu berjaya naik ke darat, namun, Abdul Bari difahamkan gagal berbuat demikian dan tenggelam ke dasar sungai.

Mangsa masih lagi belum ditemui sehingga jam 1 pagi ini.

Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan mangsa di dalam kenderaan pacuan empat roda.

Iklan

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, seramai 24 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, terdapat dua operasi dilakukan iaitu mencari mangsa dan lokasi kenderaan pacuan empat roda tenggelam.

"Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pihak marin melakukan pencarian di permukaan air dan selaman.

"Setakat ini kesukaran kita alami ialah arus deras pada muara sungai," katanya.

Ditanya mengenai punca kejadian, katanya, beliau difahamkan pemandu kenderaan itu tersalah masuk gear menyebabkan ia terjunam ke dalam sungai.