Pelan Antirasuah JAS garis tujuh objektif strategik

Iklan
Norlin (kiri) menyerahkan buku OACP JAS kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

SHAH ALAM - Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggariskan tujuh objektif strategik dan 44 inisiatif bagi tempoh 2020-2024 selaras dengan visinya iaitu pembangunan lestari dalam memajukan negara secara profesional dan berintegriti.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar, OACP ini akan menjadi panduan ke arah melaksanakan agenda integriti dalam JAS secara holistik.

Iklan
Iklan

"Saya bersama seluruh warga JAS beriltizam melaksanakan pelan ini bagi menjadikan negara ini sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.

"JAS sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam menjalankan amanah demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Norlin berkata, pelan berkenaan dilancarkan pada 29 Disember 2020 dan ia adalah selaras dengan kehendak kerajaan yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan: NACP) 2019 - 2023.

"OACP JAS dirangka untuk mencapai visi kelestarian alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat melalui tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah dengan berteraskan tiga strategi utama.

Iklan

"Strategi pertama ialah memantapkan kecekapan, ketelusan dan integriti tugas-tugas penguatkuasaan, pencegahan dan kawalan pencemaran.

"Strategi kedua ialah memastikan pembangunan secara lestari dalam proses kemajuan negara dan ketiga ialah memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan JAS,” katanya.