Riadah PKP Taman Tasik Titiwangsa

Iklan
Orang ramai dilihat melakukan aktiviti riadah ketika tinjauan di luar pagar Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, semua aktiviti riadah dan berbasikal tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, melainkan taman di kawasan perumahan dan kejiranan berikutan terdapat aduan berlaku kesesakan di taman awam ketika PKP dilaksanakan. Justeru itu, kerajaan juga menegaskan semua taman awam mini ditutup, kecuali taman awam dalam kawasan perumahan.