Pesakit Covid-19 boleh buat pelaporan kendiri menerusi MySejahtera

Iklan
Dr Noor Hisham menunjukkan Aplikasi MySejahtera selepas sidang media harian perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada Mei tahun lalu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pesakit Covid-19 yang sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini boleh membuat pelaporan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemerkasaan aplikasi itu bertujuan melancarkan pengurusan kes positif wabak tersebut selain memenuhi keperluan pengguna dalam memutuskan rantaian jangkitan dalam kalangan komuniti dengan lebih berkesan.

Iklan
Iklan

"Mereka (pengguna) boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi MySejahtera dan ikuti arahan di ruang G," katanya dalam kenyataan perkembangan Covid-19 pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, pengguna yang didaftarkan sebagai kes positif di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM juga akan diberi notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Push Notification melalui MySejahtera mulai hari ini.

Iklan

Katanya, pengguna juga akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri serta peringatan untuk melakukan penilaian pemantauan gejala pandemik itu di bahagian ‘Perlu dilakukan’ bagi tempoh 10 hari berturut-turut.

"Sekiranya pengguna bergejala, maklumat tersebut akan terus disalurkan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut,” katanya.

Iklan

Justeru katanya, orang ramai dinasihati untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi tersebut. - Bernama