KKM kesan 18 kluster rentas negeri

Iklan
Sebanyak 18 kluster berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember sehingga semalam. - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 18 kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri sejak 7 Disember sehingga semalam.

Menerusi ciapan di laman mikro Twitter KKM, tujuh daripada kluster itu membabitkan negeri Kelantan.