Tinjauan Jalan Masjid India

Iklan
Beberapa orang lelaki dilihat melalui kawasan hadapan Masjid India yang ditutup kerana kawasan itu dikategorikan sebagai kawasan zon merah jangkitan COVID-19 ketika tinjauan waktu solat Jumaat di Jalan Masjid India hari ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan berkata semua aktiviti pengimarahan masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan, ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Bernama