Tujuh kluster baharu dikenal pasti

Iklan
DR NOOR HISHAM

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu Covid-19 termasuk Kluster Jalan Pahang yang dikesan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks Kluster Jalan Pahang itu dilapor positif pada 8 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

Iklan
Iklan

"Sehingga Khamis, sejumlah 57 individu telah disaring dan enam didapati positif," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Kluster Jalan Selayang yang membabitkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Selayang Baru dikesan hasil saringan bersasar pada Rabu.

Iklan

"Seramai 511 individu telah disaring dan 84 dikesan positif," katanya.

AKAN MENYUSUL

Iklan