Salah sangat gembira di Liverpool

Iklan
Fabinho (kiri) percaya Salah gembira bersama Liverpool walaupun terdapat khabar angin mengaitkan dirinya dengan Real dan Barcelona.

PEMAIN tengah Liverpool, Fabinho mendedahkan Mohamed Salah sangat gembira di Liverpool walaupun wujud pelbagai spekulasi berhubung masa depannya bersama The Reds.

Bagi Fabinho, meskipun pemain Mesir itu dikaitkan dengan gergasi bola sepak Sepanyol seperti Real Madrid dan Barcelona, namun ia perkara normal apabila seseorang itu bergelar pemain bintang.

Iklan
Iklan

"Pemain sensasi akan kerap dikaitkan dengan khabar angin. Salah bermain untuk Liverpool yang juga merupakan salah sebuah pasukan besar di dunia. Jadi tidak hairan jika dia dikaitkan dengan pasukan besar di liga lain.

"Apa yang saya boleh katakan ialah dia sangat gembira di sini (Liverpool). Begitu juga dengan persembahan musim ini, sudah pasti dia juga berpuas hati.

Iklan

"Dia merupakan pemain yang selalu mencabar dirinya sendiri untuk melakukan perkara menakjubkan dan dalam masa yang sama memastikan pasukan mendapat kejayaan,” katanya.

Pemain Brazil itu turut menjelaskan bahawa fokus dan komiten Salah terhadap pasukan tidak terganggu sekaligus menafikan bahawa penyerang itu tidak berhasrat meninggalkan Liverpool.

Iklan

"Tidak ada apa yang berubah terhadap dirinya, ia sama seperti biasa. Dia terus mencetak gol dan di ruang persalinan, Salah mesra dengan semua dan ada ketika berjenaka.

"Saya tidak melihat apa-apa yang mempengaruhinya. Saya yakin ia hanya khabar angin semata-mata. Pemain yang bagus akan sentiasa di kaitkan dengan kelab-kelab besar dan itu realiti dalam bola sepak,” katanya.