Darurat sekat penularan Covid-19 wajib dilaksana, kata Abdul Hadi

Iklan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan, darurat untuk menyekat penularan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan.

Katanya, darurat adalah kawalan yang wajib ditunaikan oleh kerajaan berdaulat untuk sementara waktu dan bukan selamanya.

Iklan
Iklan

"Darurat tidak menghalang pergerakan untuk menjalani kehidupan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memperkenankan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak Covid-19.

Iklan

Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi membentuk satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkait.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, isu mengenai keselamatan rakyat wajar diutamakan dan bukannya kepentingan politik kelompok atau individu tertentu.

Iklan

Menurutnya, semua pihak seharusnya berhenti sementara ‘berpolitiking’ walaupun ada yang tidak mahu mengaku kalah serta membuat pelbagai tindakan.

Abdul Hadi berkata, mereka lebih menghayati ‘sunnah’ Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang ‘berpolitiking’ tanpa mempedulikan wabak yang sedang melanda negara pimpinannya.

Beliau menegaskan, rakyat perlu diselamatkan terlebih dahulu tanpa mempedulikan apa jua perkara lain.