TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di Kampung Buntut Pulau dan Kampung Tebal, di sini pada Rabu.
Menerusi kenyataan Facebook Istana Negara, dalam lawatan berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung.