Ahli Dewan Negara perlu dilibatkan dalam Jawatankuasa Khas Bebas
Iklan
Datuk Razali Idris
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Dewan Negara dicadang agar dilibatkan dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan oleh kerajaan berhubung pelaksanaan darurat.
Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, kumpulan itu perlu dilibatkan selaku badan tertinggi institusi Parlimen dan negara berdasarkan kepakaran dan pengalaman sedia ada.
Iklan
Iklan
"Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara juga prihatin dengan aktiviti ekonomi perlu terus berfungsi sepanjang tempoh darurat tertakluk pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Kebenaran melaksanakan aktiviti ekonomi sangat penting dalam usaha kerajaan memulihkan semula ekonomi negara termasuk pihak terjejas teruk dari segi perniagaan dan pekerjaan. Jangan abaikan rakyat dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat dan kesihatan awam kembali pada paras normal yang baharu,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa memperkenankan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak Covid-19.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi membentuk satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkait.
Iklan
Mengulas lanjut, Razali berkata, soal Proklamasi Darurat tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak tertentu sehingga ada usaha mencelarukan negara dan kebijaksanaan keputusan Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati dan diterima oleh semua pihak dengan baik.
"Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai satu langkah yang berani, ada ketegasannya dan menepati pada kewajaran suasana yang difikirkan baik kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>