UMNO Machang nyata sokongan tolak PN

Iklan
Kesemua pimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan Machang menyatakan sokongan mereka terhadap Ahli Parlimen daripada daripada Barisan Nasional (BN), berkenaan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob juga Ketua UMNO Bahagian Machang yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MACHANG - UMNO Bahagian Machang menyokong keputusan pemimpin utama parti itu di Kelantan yang menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan satu kenyataan, kesemua pimpinan UMNO Bahagian dan Cawangan Machang menyatakan sokongan mereka terhadap Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), berkenaan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang.

Iklan
Iklan

Kenyataan dibuat selepas satu perjumpaan khas dihadiri semua Ahli Jawatankuasa UMNO empat peringkat Bahagian Machang dan semua ketua cawangan empat peringkat bahagian Machang yang diadakan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini pada Ahad.

Perjumpaan tersebut bertujuan menyatakab sokongan ke atas Ahmad Jazlan terhadap tindakan beliau menarik balik sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Iklan

Perjumpaan dihadiri 250 termasuk Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Wan Mohd Adnan Wan Aziz; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datin Rahimah Mahamad; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Fakaarudin Ismail, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Empat Peringkat, Ketua UMNO Cawangan, Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan.

Barisan UMNO Bahagian Machang menyokong keputusan pemimpin utama parti itu di Kelantan yang menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Machang dalam satu perhimpunan khas yang diadakan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini pada Ahad.

Dalam kenyataan itu lagi, turut dijelaskan bahawa tindakan Ahmad Jazlan berdasarkan memorandum yang ditandatangani oleh pemimpin UMNO empat peringkat di 12 bahagian negeri Kelantan yang mencadangkan semua ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Iklan

Turut diberi penjelasan mengenai sebab yang mendorong penarikan sokongan terhadap Muhyiddin, antaranya keadaan ekonomi negara yang gawat dan ketinggalan berbanding negara jiran, pengangguran yang mencapai tahap yang merisaukan, kegagalan menangani Covid-19, kegagalan menunaikan janji pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium, kegagalan kerajaan membantu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IP) dan bantuan RM100.

Menurut kenyataan itu juga, Ahmad Jazlan menarik sokongan kerana kegagalan kerajaan membantu golongan M40 yang terkesan akibat pemotongan gaji atau hilang punca pendapatan dan isu yang berkaitan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Terakhir dalam kenyataan itu menyatakan UMNO Machang bersetuju bahawa tindakan Ahmad Jazlan tepat, berprinsip dan memenuhi kehendak suara akar umbi.