JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Johor bertambah buruk apabila seramai 1,604 orang daripada 474 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam pada Ahad.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan peningkatan berbanding 1,251 orang daripada 382 keluarga ditempatkan di 27 PPS setakat jam 4 petang.