Sukan lasak zipline di Labuan

Iklan

Pengunjung mencuba sukan lasak zipline (flying fox) ketika tinjauan aktiviti hujung minggu di Wak Kiman Campsite di Tanjung Kubong hari ini.

Kawasan ini berpotensi dibangunkan sebagai tarikan baharu pelancongan. Antara aktiviti menarik yang terdapat di sini ialah tempat riadah seisi keluarga disamping terdapat pemandangan matahari terbit, waktu fajar menyingsing dan panorama alam serta pantai yang menarik menghadap ke tanah besar Sabah.

Iklan
Iklan

Ia juga sesuai untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit, berbasikal, memancing dan aktiviti perkhemahan bersama keluarga serta rakan-rakan.