Dana RM90 juta: 'SPRM, jangan lepaskan Ambiga', kata Pas

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memanggil Datuk S Ambiga berhubung dakwaan Pas menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini Ambiga tiada dalam senarai siasatan SPRM.

Iklan
Iklan

Sedangkan katanya, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengakui, mendapat maklumat mengenai dana tersebut daripada Bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dana 90 juta: Itu silap orang, kata Nik Abduh

Iklan

"Jangan lepaskan Ambiga begitu sahaja, SPRM perlu siasat sumber dan kesahihan berita yang disampaikan beliau.

"Isu ini ternyata fitnah dan sengaja dicipta untuk menjatuhkan Pas serta kepimpinannya,” katanya, selepas Kuliah Pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai isu dana RM90 juta selepas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dipanggil beri keterangan SPRM hari ini.