KUALA LUMPUR - Sebanyak RM157 juta telah disalurkan kepada usahawan belia bumiputera melalui Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) sejak dilancarkan pada tahun 2014, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Md Silmi Abd Rahman.
Beliau berkata, sebanyak 183 usahawan telah menerima manfaat di bawah program itu termasuk 25 pemenang pada Majlis Apresiasi Pemenang SUPERB 2020 yang disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas ), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada Sabtu.