KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis melawat kolej pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), SG Academy di sini yang turut menjadi pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
Beliau meluangkan masa lebih sejam melihat program yang ditawarkan pusat itu serta beramah mesra dengan pelatih.