Mahkamah beri amaran keras kepada Najib berhubung 'serangan' terhadap Zeti
Iklan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mengeluarkan amaran keras kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi"serangan secara maya” terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Dalam keputusannya, Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan"gag order” (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah perbicaraan itu berlangsung dalam domain awam.