Seoul dilanda gelombang sejuk, salji lebat

Iklan
Gelombang sejuk disertai salji lebat semalaman menyebabkan rutin harian penduduk Korea Selatan terjejas pada Khamis. Foto Yonhap

SEOUL - Gelombang sejuk disertai salji lebat semalaman menyebabkan rutin harian penduduk Korea Selatan terjejas pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Seoul merekodkan suhu -15 Celsius dengan menerima salji 3.8 sentimeter (cm) pada 9 malam Rabu, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.

Iklan
Iklan

Pinggir bandar Gwacheon dan Hanam masing-masing diselaputi salji 11.6 cm dan 9 cm.

Kesesakan lalu lintas luar biasa dilaporkan pada Rabu malam dan beberapa kemalangan kereta kecil turut berlaku. Perkhidmatan kereta api di beberapa stesen juga tergendala.

Iklan

Kerajaan bandar raya Seoul berkata, masa perkhidmatan bas dan kereta bawah tanah akan dilanjutkan untuk memudahkan perjalanan orang ramai.

Amaran gelombang sejuk mula dikeluarkan di Seoul pada Rabu malam buat pertama kali sejak 23 Januari 2018.

Iklan

Sebelum ini amaran sama dikeluarkan di wilayah Gyeonggi, Gangwon, Chungcheong dan Gyeongsang Utara diikuti beberapa daerah lain termasuk Incheon.

Amaran juga dikeluarkan di kawasan pergunungan di selatan pulau Jeju pertama kali sejak 1964. - Bernama